7ELEVEN  

Posted by Amat

  • Assalamualaikum...dh lama x berblog nie...hurm hmpir 2 tahun jgak la..tp hari ini terasa ingin kembali berblog semula...bkn sbb nk bergosip atau nk bersuka ria...tp trasa hati nie berblog demi Islam n Kemaslahatan bersama.Baru2 nie trasa diri untuk menjejakkan kaki ke kedai serbaneka 7 ELEVEN..




7EleVeN


  • Tujuan Singgah di kedai bukanlah untuk membeli SLURPEE(Minuman y hanya terdapat dijual di 7eleven) y kebisasannya dibeli pelanggan..tetapi singgah sebentar untuk membeli sebotol air 100 PLUS dan Top Up kerana pnt sekembali pulang bermain badminton bersama saudaraku Adzly(abgku)..di Kepala Batas..Jam tepat menunjukkan 12 tgh malam...msok ke dlm kedai..sprt kebiasaan Ting Tong bunyi di sebalik pintu kedai menandakan datangnya Customer(hehe BI tu)..msok2 jer kedai,terus ke tujuan utama iaitu AIR...n diriku ini terus laju ke peti ais kedai..tiba2 aku ternmpk seorg lelaki dr belakang y ukuran tinggi dia agak rendah sdikit dr ku..dr blkg hnya dpt agak ini seorg lelaki cina krn melihatkn kpd rambutnya begitu lurus..mybe rebonding(gumam ku dlm hati)...lelaki itu berdiri berhadapan peti ais y mana di situ terletaknya bahagian non muslim iaitu ARAK..hurm perkara biasa la org cina beli Arak..aku pon teruskn niatku untuk membeli air..Tiba2 lelaki itu terkial2 dan mnegaru kpla memilih jenama arak mana y sesuai ntoknya...lalu trus memusingkn bdnya...mula2 tgk terkejot gak aku...nie melayu k mamat korea nie..len btol dgn gaya rambut dia...setelah diamati sahlah melayu....hurm biar btol dia nie nk bli arak(kataku dlm hati)..aku mngmbil keptusan ntok melihat dia dr jauh..mybe nk bli ntok bos dia kot(cuba untuk bersangka baik)..diamulagelisah krn sdr diri dia diperhatikan oleh aku...tiba2dtg seorg lagi lelaki melayu lingkungan umur belasan tahun..juga menuju ke tmpt itu...oh kwn dia rupanya(hatiku berbisik)..aku terdgr sdikit perbualan mereka....wei aku xtau nk bli y mna satu??(si A berkata)...hg amik ja y mana pon..jnji ley minum(si B membalas)..lama kelamaan diorg mula gelisah krn diperhatikn olehku...terus Si B keluar kedai n trus blik..aku pon mematikan niatku ntok melihat gelagat diorg lg...trus ke kaunter ntok mmbyr...terkejut jgak aku...cashier org melayu..org islam...aduh..apa la nsb org melayu org islam kita nie...umo msih belasan tahun dh mula berjinak dgn arak..x tau ka y arak 2 HARAM!!!...berTitle kn org melayu n muslim dgn bnganya ingin membeli n menjual arak..Ya ALLAH bantulah hmba2mu y terjebak ke arah y tidak di redhaimu...berilah petunjuk n hidayah kpd mereka..

_____________________________________________________________________________


Sedikit Perkongsian Mengenai Arak



ARAK


  • Maksud Arak

Maksud arak dr segi bahasa ialah diambil drp perkataan Al-HAMRU yg bererti menutupi

Dari segi istilah pula : Setiap minuman yg memabukkan hasil drp perahan anggur dll .


SEJARAH PENGHARAMAN ARAK ( ada 3 peringkat)

  • Peringkat pertama ( Penjelasan baik dan buruk arak )

Maksud Firman Allah s.w.t dari

surah Al Baqoroh ayat 219 :

"219. Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: " yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir, "segala minuman yang memabukkan.

Pada ketika ini arak masih lagi boleh di minum .penurunan ayat di atas menjelaskan kepada ummat Islam bahawa arak ini mengandungi keburukkan dan kebaikan ,keburukkannya lebih banyak drp kebaikan

Cth : Keburukkan arak di antaranya ialah menghilangkan kewarasan akal bagi seseorang yg meminumnya ,manusia yg meminum arak akan mabuk ( hilang ingatan ) kurang pertimbangan akal ,apabila manusia kurang pertimbangan akal dia akan melakukan perkara yg dia tidak sanggup melakukannya semasa dia waras cth seorang suami yg baik akhlaknya semasa akalnya waras akan menjadi suami yg buruk akhlaknya ketika dia mabuk seperti menengking isterinya ,memukul , dan melakukan perkara yg di luar batasan ,padahal suami tersebut tidak sanggup melakukan perbuatan itu ketika dia berakal waras . Para sahabat pada ketika itu mula meninggalkan arak sedikit demi sedikit setelah penurunan ayat yg pertama ini.

Walaubagaimanapun tidak dinafikan arak mempunyai sedikit kebaikan iaitu dapat memanaskan badan orang yg meminumnya.

  • Peringkat kedua ( Pengharaman ketika hampir masuk waktu solat)

Maksud Firman Allah s.w.t dari surah An Nisa' ayat 43

43. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub[#], terkecuali sekadar berlalu saja, hingga kamu mandi. dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau datang dari tempat buang air atau kamu telah menyentuh perempuan, Kemudian kamu tidak mendapat air, Maka bertayamumlah kamu dengan tanah yang baik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pema'af lagi Maha Pengampun.

menurut sebahagian ahli tafsir dalam ayat Ini termuat

juga larangan untuk bersembahyang bagi orang junub yang belum mandi.

Pada peringkat ke dua ini Allah mula mengharamkan arak di minum ketika hampir masuk waktu solat ,kerana dikhuatiri solat yg didirikan ketika mabuk akan menyebabkan solat itu tidak sah kerana tersilap membaca Al-Fatihah dan rukun-rukun qouli yg lain ,melakukan penambahan /pengurangan rakaat dsb . Walaubagaimanapun pada ketika itu arak masih lagi boleh di minum .

  • Peringkat ke-3 ( pengharaman secara mutlak)

Maksud Firman Allah s.w.t dari

surah An Nisa ayat 90-91

90. Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya

(meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah[#], adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

91. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak

menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; Maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

[# ]panah yang belum pakai bulu untuk menentukan apakah mereka akan melakukan suatu perbuatan atau tidak. Caranya ialah: mereka ambil tiga buah anak panah yang belum pakai bulu. setelah ditulis masing-masing iaitu dengan: lakukanlah, Jangan lakukan, sedang yang ketiga tidak ditulis apa-apa, diletakkan dalam sebuah tempat dan disimpan dalam Ka'bah. bila mereka hendak melakukan sesuatu Maka mereka meminta supaya juru kunci ka'bah mengambil sebuah anak panah itu. Terserahlah nanti apakah mereka akan melakukan atau tidak melakukan sesuatu, sesuai dengan tulisan anak panah yang diambil itu. kalau yang terambil anak panah yang tidak ada tulisannya, Maka undian diulang sekali lagi.

Setelah turun ayat yg ke 3 maka hukum arak diharamkan secara mutlak .

Pemerah arak : iaitu pekerja -pekerja yg melakukan

kerja pemerahan buah-buahan seperti anggur yg bertujuan hasil dari perahan anggur itu akan dijadikan arak . samada mengunakan teknologi moden atau cara lama. Hasil pekerjaannya ( upah/gaji yg diterima ) adalah haram begitu juga perbuatannya.

Meminta diperahkan arak untuknya : Bermaksud majikan /pengurus sesebuah syarikat yg mengaji beberapa orang pekerja di kilangnya untuk bekerja sebagai operator pengeluaran .Maka haramlah pekerjaannya itu.

Peminum arak : Orang yg meminum arak walaupun setitik /tidak mabuk /hanya cuba-cuba .perbuatan itu adalah haram

Pembawa arak : Ia boleh dimaksudkan sebagai pelayan di sesebuah restoran/kedai makan /hotel dsb . ataupun boleh juga dimaksudkan sebagai pemandu lori yg membawa muatan arak dari sesuatu tempat ke suatu tempat yg lain .Perbuatan itu adalah haram walaupun ia tidak meminumnya .

Meminta dibawakan arak kepadanya bermaksud seseor

ang yg membuat pesanan arak samada untuk diminum ataupun di simpan sebagai koleksi .Maka perbuatan itu adalah haram

Memberi minum arak kepada orang lain bermaksud

seseorang yg memberi orang lain minum padahal dia tidak meminumnya cth : seseorang muslim membelanja minum rakannya non muslim minum arak di sesebuah restoran. Perbuatan itu adalah haram

Penjual arak : Boleh diertikan sebagai tuan kedai /restoran yg menjual arak kepada pelanggannya walaupun dia tidak meminumnya ,perbuatan itu juga haram.

Orang yg mendapat hasil drp arak : Suatu skop yg lebi

h luas dan pelbagai bolehlah dikatakan sebarang aktiviti yg berkaitan dengan arak adalah haram cth : Pengawal Keselamatan yg mengawal keselamatan kilang arak dan mendapat gaji drp pengurus kilang tersebut . Maka perbuatan/gaji itu adalah haram.

Orang yg membeli arak bermaksud orang yg membeli arak samada untuk diminum atau tidak . Maka perbuatan itu pun haram

Orang yg meminta dibelikan arak untuknya : Bermaksud seseorang yg meminta seseorang yg lain membelikan arak untuknya kerana sebab yg tertentu .Cth seorang muslim meminta rakannya non muslim membelikan arak untuknya ,maka perbuatan muslim itu adalah

haram.



Ibu Segala Kejahatan


Hadis Pengharaman Arak

" Diriwayatkan drp Anas r.a bahawa rasulallah s.a.w telah melaknat sepuluh golongan yg terlibat dengan arak:


1. orang yg memerah arak

2. orang yg diminta arak diperah untuknya

3. orang yg meminumnya

4. orang yg membawanya

5. orang yg meminta dibawa arak kepadanya

6. orang yg memberi minum arak kepada orang lain

7. orang yg menjual arak

8. orang yg mendapat hasil drp arak

9. orang yg membeli arak

10. orang yg meminta dibelikan arak untuknya "


(riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

This entry was posted on 9:59 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments